Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA.

Dah masuk dua hari raya pun.  Mula sibuk siap-siap untuk beraya.  Kemudian semalam sibuk beraya la pulak!  :)

Sempena perayaan bermakna ni, kena ucap juga kepada semua.  Ini ditujukan khas kepada yang singgah dan jengah.

SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Tuesday, 2 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Sekali lagi, kita berkesempatan bersama Ramadhan Al Mubarak.  Rata-rata umat Islam mengalu-alukan kedatangannya kerana di bulan ini semua ganjaran pahala berganda.

Semoga kita dipanjangkan umur dan diberkati kesihatan yang baik. Semoga juga kita dapat mempertingkatkan segala amalan yang baik dengan sebaik-baiknya.  Amin.

Sempena bulan yang mulia ini Hani mengucapkan:

SELAMAT BERPUASA
&
SELAMAT BERIBADAH LAIN-LAINNYA

Tuesday, 26 July 2011

PERANGSANG SPERMA

Nak ketawa pun, memang  cerita benar.  Tapi rasa gembira juga dengan berita ini.  Mudah-mudahan dapat membantu mereka yang mempunyai masaalah menapat zuriat.

Mengikut kajian yang dibuat, makanan yang kaya dengan zat 'beta-carotene' dan juga vitamin E dapat merangsang kesuburan lelaki.  Kedua-duanya sekali akan lebih efektif.

Makanan yang mempunyai 'beta-carotene' dikaitkan dengan makanan berwarna jingga/oren iaitu seperti buah mangga, aprikot, labu dan juga sayur lobak merah.  Sementara yang mempunyai vitamin E termasuklah minyak kacang soya, badam dan brokoli.

Tak menjadi masaalah besar untuk diamal makan.  Makanan-makanan ini sedang didapati.

Tuesday, 5 July 2011

TUKAR WAJAH

Aku ikut-ikutan tukar wajah juga ni.  Kira-kira sekadar mencari suasana yang lebih menceriakan saja.

Nak cari cahaya yang lebih terang sedikit.  Tapi tak ada pula corak yang berkenan.  Biar saja la begini dulu.

Wednesday, 1 June 2011

KENAIKAN TARIF LETRIK

Pihak kerajaan mengatakan bahawa tarif letrik akan dinaikan mulai depan.  Orang ramai sudah mulai gelisah.

Betapa tidak, ini akan menjejaskan kebajikan keseluruhan rakyat yang banyak.  Hanya rumah flat ke bawah saja yang akan termasuk golongan yang tidak akan terkesan kenaikan tarif ini.

Aduh!  Sungguh mengecewakan.  Gaji tak naik-naik, tapi harga macam-macam keperluan asas sudah naik.

Tuesday, 24 May 2011

AWAL PUN FOLLOW

My cousin ajak join jadi blogger and follow dia.  At least we get the opportunity to know what is going on.

He is so persistent.  So I gave in, and here I am into blogging.

Awal lagi aku start dengan follow.