Thursday 24 November 2011

MUSIM CUTI LAGI

Aduh!  Sekejap saja dah datang musim cuti sekolah yang panjang lagi.  Belum apa-apa, rumah kami dah jadi rumah persinggahan dan tumpangan.

Semalam ibu dan bapa membuat keputusan untuk pergi bercuti juga.  Kata bapa duduk rumah semakin berat belanjanya kerana yang datang singgah dan tumpang tu memang sengaja tak ambil reti tentang kemampuan kami sekeluarga.

Ibu dan bapa belum beri destinasi pasti.  Cuma mereka kata, '... siapa yang tak nak ikut kena jaga rumah dan layan tetamu jika mereka datang bercuti atau pun singgah!'

Siapa hendak la!  Jadi semua nak ikut sama juga; tak kira pergi ke mana.  Bunyi macam teruk.  Tapi itulah realitinya!

Wednesday 9 November 2011

DAH TAK SECUCUK AGAKNYA!

Aduh!  Kenapa la cenggini jadinya?  Sudah la tak ada tarikan istimewa; setiap kali masuk ada saja yang tak kena!

Mungkin tak secucuk la agaknya!  Nak kata apa lagi?