Tuesday 26 July 2011

PERANGSANG SPERMA

Nak ketawa pun, memang  cerita benar.  Tapi rasa gembira juga dengan berita ini.  Mudah-mudahan dapat membantu mereka yang mempunyai masaalah menapat zuriat.

Mengikut kajian yang dibuat, makanan yang kaya dengan zat 'beta-carotene' dan juga vitamin E dapat merangsang kesuburan lelaki.  Kedua-duanya sekali akan lebih efektif.

Makanan yang mempunyai 'beta-carotene' dikaitkan dengan makanan berwarna jingga/oren iaitu seperti buah mangga, aprikot, labu dan juga sayur lobak merah.  Sementara yang mempunyai vitamin E termasuklah minyak kacang soya, badam dan brokoli.

Tak menjadi masaalah besar untuk diamal makan.  Makanan-makanan ini sedang didapati.

8 comments: