Sunday, 23 October 2011

DAH TEMPANG DAN KELIHATAN RENCAT

Dalam seminggu dua ini memang macam-macam hal pulak berlaku.  Aku tak ngerti la mengapa begini.

Agaknya blogging ni memang selalu kalut!   Apapun yang jelas, aku tak berkenan dengan corak rupa yang sekarang ni.  Nampak tempang dan cacat!

Malas betul nak layan!

Thursday, 6 October 2011

TIMUN KAMPUNG SEDAP

Selama ini tak pernah pula makan timun jenis kecil-kecil.  Mengikut kata kawan ini adalah timun kampung.  Rupanya adalah seperti di bawah.


Petang tadi kawan ajak ikut ke Pasar Chow Kit untuk membeli sayuran-sayuran kampung.  Baru tahu rupanya setiap petang ada jualan seperti pasar malam di situ.

Harga-harga semua barang-barang jauh lebih murah.  Jadi memborong jugalah tadi.

Belum tahu nak buat apa.  Kata kawan ia sedap sebagai ulam, dan sedap untuk masak kari atau asam pedas dengan apa-apa lauk juga.

Friday, 30 September 2011

SIBUK DOA SELAMAT

Bulan lepas letih cukupkan juga budget kerana sambutan Raya.  Dari persediaan pakaian sampai ke juadah hidangan sampai ke duit raya.  Kemudian budget perjalanan pergi balik kampung lagi.

Gaji baru saja dapat minggu lepas, minggu ni dah nak pokai lagi.  Bukan saja ada kenduri akad nikah kahwin.  Tetapi ada begitu banyak doa selamat kerana ramai nak pergi menunaikan fardhu Haji.

Betul la tidak wajib untuk menghulur wang sedekah.  Tapi dah jadi sebahagian dari adat.  Tak enak bila tak beri.

Sunday, 18 September 2011

BERAYA SAKAN JUGA

Hari ni terpaksa juga beraya lagi.  Ada tiga saudara  terdekat membuat rumah terbuka.  Begitu juga dengan bos pejabat tu.

Tak pergi pun, tak manis juga.  So kira beraya sakan la hari ni.

Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA.

Dah masuk dua hari raya pun.  Mula sibuk siap-siap untuk beraya.  Kemudian semalam sibuk beraya la pulak!  :)

Sempena perayaan bermakna ni, kena ucap juga kepada semua.  Ini ditujukan khas kepada yang singgah dan jengah.

SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Tuesday, 2 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Sekali lagi, kita berkesempatan bersama Ramadhan Al Mubarak.  Rata-rata umat Islam mengalu-alukan kedatangannya kerana di bulan ini semua ganjaran pahala berganda.

Semoga kita dipanjangkan umur dan diberkati kesihatan yang baik. Semoga juga kita dapat mempertingkatkan segala amalan yang baik dengan sebaik-baiknya.  Amin.

Sempena bulan yang mulia ini Hani mengucapkan:

SELAMAT BERPUASA
&
SELAMAT BERIBADAH LAIN-LAINNYA